Hoho! Mungkin ini post pertama aku tanpe gambar. Aku nak bebelkan pasal budak melayu zaman skang. Aku suke ngan perkataan budak melayu ni coz kompem lepas aku taip mende ni orang akan pertikai "ko tu bukan melayu ke?". Well bagi aku, ape bangang korang pikir camtu? Ni budak-budak zaman skang yang khususnye kepada budak melayu zaman skang yang takde adab!
Cite die camni, umah aku ni memang dekat gile ngan surau. Surau ni memang aktif. Jiran-jiran kat sini memang bagus dalam menghidupkan aktiviti surau. Dan lagi rata-rata kebanyakannye memang orang melayu kat sini. So aku bersyukur dapat umah yang surrounding ramai orang melayu Islam. Jiran-jiran aku ni memang bagus dalam hidup bermuafakat. Ape je aktivit surau, satu taman ni kompem datang. Aku rase bukan setakat satu taman ni, jiran taman sebelah pun datang gak. Ni memang nampak bile ade ceramah agame ngan time bulan puase ni. Ni memang aku salute habis ngan AJK Surau Taman Sri Timah.
Cume satu je yang aku tak berkenan. Dorang ni rajin datang surau. Datang siap bawak family sampai anak cucu pun datang. Bukan aku nak cakap surau tak sesuai untuk budak-budak ye. Sebelum korang nak bagi kesimpulan ayat aku ni better aku selamatkan diri aku dulu. Ni ha pasal budak-budak. Sebagai ibu bapak, bagus niat korang tu ajak anak sembahyang berjemaah kat surau. Ye la kan, dah setahun sekali, bulan Ramadhan ni je yang korang leh panggil anak cucu korang datang. Tapi kot ye pun kawal la anak-anak korang tu. Aku dulu pun budak-budak gak. Tapi time sembahyang, aku sembahyang. Cume bile letih, aku blah and main ngan budak-budak sezaman ngan aku dulu. Standard budak-budak kompem nak bermain.
Tapi ni baru je puasa ke tiga, awat anak-anak korang leh main mercun kat depan surau? Ni yang aku pelik. Depan surau beb. Korang sebagai ibu bapak yang tengah mengadap Allah, leh ke kusyuk sembahyang tu bile dengar mercun bola kene campak kat kawasan surau? Aku yang tengah sembahyang Isyak pun leh ilang fokus sekejap. Terkejut beb! Macam baling betul-betul kat telinge. Bukan sekali je, tapi berkali-kali molotup. Korang yang ibu bapak ni takde pikir ke pasal orang lain yang sembahyang sebelah korang sampai terkejut-kejut gara-gara anak korang main mercun tu? Hebat tul korang ye..
Pastu yang aku bertambah pelik lagi, jiran-jiran yang lain lak, leh je duduk depan umah tengok dorang main happy-happy. Ko pun bukannye muda lagi. Akal dah panjang, at least nasihat la dorang main mercun jauh dari surau. Ko tu same cam aku tak g surau tapi biar la ada adab dan hormat orang sembahyang. Adohai!
Nasib baik la aku ni masih dapat bersabar. Bukan apa hero ngan heroin aku tengah tido, so setiap bunyi mercun, dorang terkejut and nangis. Pastu bile bangun, heroin aku ni menyusu sampai terencat nak menyusu gara-gara bunyi mercun yang hampeh tu. Semalam korang main kejar-kejar, arini lak main mercun. Adoihai! Semalam memang aku tak amek pusing sebab dah korang budak-budak, main kejar-kejar and menyorok ni memang aku setuju sangat korang main. Tapi bile main mercun ni time puasa ke 3? ke 3? Adohai..Klaka tul la
Oleh kerana jiran aku yang sekor ni dok menyokong, tak tegur ape pun, so aku ngan berbekalkan amarah kerna anak aku nangis, terus je aku maki kan dorang ni. Ramai beb budak-budak depan umah aku. Rase cam 1 kelas la ade. Ni kalu dorang lauk aku ni, ade gak yang dok ICU. Untuk arini biar aku maki kan je dorang tu. Esok lak kalu berbunyi lagi sekali, memang aku call polis je. Biar polis je handle budak-budak camni. Tapi biase la kan, polis pun manusia gak, tapi aku pedulik hape, tu tanggungjawab dorang, Dah mercun tu haram kat Malaysia, kalu dorang tak tangkap, dorang jawab la berkat ke tak berkat rezeki korang tu bile tanggungjawab diabaikan. Tapi pe-pe pun aku nak bitau jiran aku ni aku memang serius dalam hal main mercun depan surau ngan umah.
Ni aku tengah tunggu kot ade budak-budak yang ngadu kat mak bapak dorang, yang aku maki dorang kaw-kaw tadi. Ikutkan hati aku, nak je naik kaki ngan tangan ni gara-gara buatkan anak aku nangis. Wakaka! Tapi tadi ade gak budak yang samseng kat situ. Die panggil kawan-kawan die bersahaja je. Budak-budak zaman melayu skang ni memang samseng-samseng belake. Ape gune ramai kawan kalu ilmu takde? Memang cara budak tadi memang samseng. Tapi bile aku panggil die, siap tanye mane kawan-kawan die tadi, terus senyap die. Hoi budak! Samseng ko tu bagi aku macam semut je.
Ape la yang budak-budak melayu skang ni belajar kat skolah? Ape la yang budak-budak melayu skang belajar dari mak bapak dorang? Mane pergi adab dan hormat? Ape yang buatkan budak-budak melayu skang ni macam budak busuk yang tunggu mase kene pukul?
No comments:
Post a Comment